Wednesday 25 January 2012

Mini Baby Ice Nestum

Assalamualaikum
Pernah tak rase biskut nie?
*Mini Baby Ice Nestum*
Manis, rangup dan unik. Ngee
Okey sekarang, kita mulakan dengan menyediakan bahan-bahan dulu.

✿Bahan-Bahan✿
~Bahan untuk biskut~
250g mentega (Anchor)
90g gula halus
1 biji kuning telur *asingkan daripada putih telur*
1 sudu kecil essen vanilla
100g nestum *kisarkan hingga halus*
80g tepung jagung
tepung gandum *letak ikut suka sehingga adunan sedikit keras dan senang dilenyekkan nanti*

~Bahan untuk topping~
1 sudu makan meringue powder
1/4 cawan air
1 sudu makan gula halus
1 sudu makan tepung jagung
Coklat Paste/Emelco *untuk hiasan*

✿Cara-cara membuat✿
~cara untuk membuat biskut~
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur. Pukul.
3. Masukkan essen vanilla. Pukul.
4. Masukkan nestum dan tepung jagung dan pukul hingga sebati.
5. lastly masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga puas hati.
6. Lenyekkan adunan di atas kertas minyak dan cetakkan adunan menggunakan acuan berbentuk bulat.
7. sunkan diatas loyang jarak2.

~cara untuk membuat topping~
1. Bancuhkan meringue powder dan air hingga sebati
2. Pukulkan bancuhan tadi sehingga kembang
3. masukkan gula halus. pukul lagi.
4. masukkan tepung jagung.
5.Terbalikkan mangkuk topping tadi untuk memastikan topping tu betul2 siap ke tak. kalau topping tak jatuh, thats mean toping siap!
6. Masukkan topping ke dalam piping bag dan hiaskan dia atas adunan biskut
7. Hiaskan topping dengan menggunakan coklat emelco.
8. Bakar adunan sekaligus dengan menggunakan api perlahan 120-150°C.*guna api bawah sahaja ye*
9. Biskut masak sekiranya topping sudah keras.

Selamat Mencuba...Merci!!
*ini hasilnya*



No comments:

Post a Comment