Wednesday, 25 January 2012

Laksam Versi Sarawak

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

 °.¸¸.•´¯`»★Bahan-Bahan °.¸¸.•´¯`»★

3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam

 °.¸¸.•´¯`»★Cara-Cara membuatnya °.¸¸.•´¯`»★

1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. *Perap selama 15 minit*
2. Sementara itu, sediakan kukus atas api.
3. Sapu sedikit minyak pada loyang dan letakkan loyang tersebut ke dalam pengukus. Tuangkan 2 senduk.
4. Kukus sehingga agak keras, tidak berair.
5. Keluarkan dan tunggu suam untuk digulung.
6. Potong kecil-kecil untuk dihidangkan. *0.8 cm*

 °.¸¸.•´¯`»★Bahan-Bahan °.¸¸.•´¯`»★

5 ekor ikan kembung
1 biji kelapa *diambil santan*
6 ulas bawang merah *dikisar*
3 ulas bawang putih *dikisar*
1/2 inci halia *dikisar*
1 batang serai *dikisar*
sedikit lada hitam *ditumbuk halus*
2 keping asam keping
2 sudu kerisik
garam secukup rasa

 °.¸¸.•´¯`»★Cara-Cara membuatnya °.¸¸.•´¯`»★





1. Rebus ikan kembung dan asingkan isi ikan dan kisar
2. Campurkan kesemua bahan kuah laksam dan masak di atas api sederhana
3. Biarkan sehingga kuah mendidih dan masak
4. Sedia untuk dihidangkan bersama laksam yang telah dipotong kecil-kecil.

 °.¸¸.•´¯`»★Bahan-Bahan untuk sambal merah *kisarkan* °.¸¸.•´¯`»★
5 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering*rendamkan*
sedikit garam dan gula

°.¸¸.•´¯`»★Bahan-Bahan untuk hiasan *dipotong halus kecuali tauge*°.¸¸.•´¯`»★
Timun
Kobis
Daun Kesum
Kacang Panjang
Bunga Kantan
Tauge
Limau kasturi *dipotong dua*

Siap! Leceh tapi sedap...
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment