Wednesday, 25 January 2012

Cupcake

 السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

*fresh cream cupcakes with butter cream design*

Bahan-Bahan
°.¸¸.•´¯`»★ vanilla cake °.¸¸.•´¯`»★
75g Mentega
75g Gula kasar
2 Biji telur ayam
1 Sudu makan essen vanilla
2 Sudu teh penuh baking powder
110g Tepung gandum 
*adunan untuk 6biji cupcake*


°.¸¸.•´¯`»★fresh cream°.¸¸.•´¯`»★
1/2 Cawan fresh cream *refer kat gambar di bawah*
Ais
Air




°.¸¸.•´¯`»★butter cream°.¸¸.•´¯`»★
3 Biji putih telur
1 Cawan penuh gula kasar
80g Mentega
Piping bag
Nozel
Pewarna jika suka


Cara-cara membuatnya 

°.¸¸.•´¯`»★ vanilla cake °.¸¸.•´¯`»★
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur. Pukul hingga sebati.
3. Masukkan essen vanilla dan baking powder. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
5. masukkan adunan ke dalam mangkuk cupcake. Agak-agak 1/3 daripada mangkuk cupcake.
6. Bakar dengan api perlahan. 120-150°C.

°.¸¸.•´¯`»★fresh cream°.¸¸.•´¯`»★
1. Masukkan air dan ais ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan fresh icing ke dalam mangkuk yg berasingan.
3. Kemudian, masukkkan mangkukk fresh cream tadi ke dalam rendaman air+ais.
*untuk mengekalkan suhu sejuk fresh cream*
4. Pukul hingga gebu dan tidak cair. 
5. Sapukan fresh cream di atas vanilla cake yg telah siap.
6. sejukkan di dalam peti sejuk

°.¸¸.•´¯`»★butter cream°.¸¸.•´¯`»★
*butter cream agak sensitif, so, make sure smua alat-alatan kering tanpa setitik air pun*
1. Pukul putih telur dan gula di dalam double boiler hingga sebati dan menjadi gebu.
2. Asingkan putih telur tadi ke dalam mangkuk kering yg lain. Sekarang, pukul telur dengan menggunakan hand mixer pulak.Pukul hingga gebu dah kembang.
3. Masukkan mentega. Pukul.
4. Letakkan pewarna jika suka
5. Masukkan icing ke dalam piping bag dah hias cupcake dengan menggunakan nozel yang anda suka.
Siap!


Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment