السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Resipi last untuk bulan ini ialah blueberry cheese tart.
Mudah saje and puas hati bagi penggemar-penggemar cheese.
Ok jom kite mulakan...
★⋱⋰★⋱⋰★Bahan-Bahan untuk tart★⋱⋰★⋱⋰★
100g Mentega
80g Gula aising
1 Biji telur
1 Sudu kecil essen vanilla
200g Tepung gandum
Secubit garam
★⋱⋰★⋱⋰★Cara-cara membuatnya★⋱⋰★⋱⋰★
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur. pukul hingga sebati.
3. Masukkan essen vanilla dan garam. Pukul lagi.
4. lastly, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis.
5. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan tart. ratakan adunan tart ke seluruh bahagian acuan menggunakan ibu jari. jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
6. Bakar selama 15 minit pada suhu 150-180°C.
7. Sejukkan.
★⋱⋰★⋱⋰★Bahan-Bahan untuk cheese filling★⋱⋰★⋱⋰★
250g cream cheese. *ape2 brand yg halal. Bega, Anchor, Philadelphia*
60g Gula aising
1 Biji telur
I sudu kecil essen vanilla
2 sudu makan susu pekat manis *untuk tambah lemak*
Blueberry pie filling
★⋱⋰★⋱⋰★Cara-cara membuatnya★⋱⋰★⋱⋰★
1. Pukul cream cheese dan gula hingga sebati,
2. Masukkan telur ayam. Pukul lagi.
3. Masukkan bahan-bahan lain seperti essen vanilla dah susu pekat manis. pukul hingga betul2 sebati. Asingkan.
4. Then, masukkan blueberry pie filling ke dalam shell tart yg telah siap tadi.
5.Kemudian tutupkan dengan adunan cheese, Hias bahagian atas tart dengan menggunakan blueberry kaler ataupun blueberry pie filling tu sendiri.
6. Bakar selama 5 minit.
7. Sejukkan tart di dalam peti sejuk untuk semalaman.
Siap!!!
Selamat mencuba..^_^
*sorry gambar blur sangat2* |