Saturday, 1 September 2012

Serunding Udang Kering

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Serunding udang kering nie untuk buat popia simpul..
Untuk mengisi masa lapang yang berbaki seminggu lagi...

Bahan- Bahan:
300g udang kering (dikisar halus)
500g kepala parut putih
1 sudu teh jintan putih
2 sudu teh jintan manis
2 sudu makan cili giling
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu makan gula apong / gula melaka
Gula dan Garam

kisar:
1cm lengkuas
1cm halia
6 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai



Thursday, 16 August 2012

Marble Cheese Cake

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
nyum2..hehe..^_^'

Bahan-Bahan:

Bahan A: kek coklat (lapisan bawah)
400g mentega
300g gula kasar
400g tepung gandum
120g koko
6 biji telur

Bahan B: kek cheese (lapisan atas)
750g cream cheese
200g gula kasar
3 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh essen vanilla
2 biji telur
1 sudu makan tepung jagung

Cara-cara membuat:

Kek A: kek coklat (lapisan bawah)
1. Pukul mentega + gula hingga gebu
2. masukkan telur 1 per 1
3. masukkan koko dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga sebati.
4. Bakar di dalam oven sehingga 3/4 masak. 

Kek B: kek cheese (lapisan atas)
1. Pukul cheese + susu pekat manis hingga sebati.
2. masukkan telur dan essen vanilla. Pukul hingga gebu.
3. masukkan tepung jagung. Pukul hingga sebati.
4. tuangkan adunan cheese di atas kek coklat yang telah dibakar. Bakar lagi menggunakan kaedah "Stim Bake".. Untuk mengelakkan cheese hangus. 

Temperature : 180 degree

Thank You!!Merci...

Sunday, 12 August 2012

Bread Pudding

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
*creamy bread pudding..liking good...*
Ingredients:
100g Butter
3/4 Tin of Condensed Milk
1 Tablespoon of Vanilla Essen
2 Eggs
1 Full Cup of Fresh Milk
1 Bread Loaf
Extra ingredients: Raisins and ground NESTUM

Steps:
1. Melt the butter by using medium heat. after that, transfer them into a mixer bowl.
2. Add condensed milk and mix them carefully. 
3. Break the eggs into the mixer bowl and start to mix them again.
4. Add vanilla Essen and Fresh milk and mix them again until your mixture looks creamy.
5. Cut each of bread slice into four pieces. Arrange them carefully into heat-resistant bowl or any cake mold that you have.
6. Pour your creamy mixture into your heat-resistant bowl. Poured the creamy mixture evenly to each slice of the bread.
7. Sprinkle some raisins and ground NESTUM on top of your bread pudding. Baked your pudding for 20 minutes with 150 degree heat.


Friday, 10 August 2012

Chocolate Moist

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
*Special for Mr. Hakimey + Kak Yatie*
Bahan-Bahan:
3 biji telur ayam
1 1/2 cawan gula kasar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu essen vanilla
1 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan air masak
1 cawan susu pekat manis
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk bikarbonat

**Topping**
1/2 bungkus coklat masakan
1/5 cawan air susu segar
1 sudu kecil mentega
*hiasan: Chocolate Rice + Chocolate Chip

Cara-cara membuat:
1. Pukul gula dan telur hingga kembang.
2. masukkan garam, essen vanilla, minyak jagung, susu pekat manis, air..pukul hingga sebati.
3. Ayakkan bersama-sama tepung gandum, koko dan bikarbonat terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan untuk digaul sekali. pukul hingga sebati
4. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih. sebelum itu, pastikan acuan kuih dialaskan dengan kertas minyak. Tutup permukaan kuih dengan menggunakan aluminium foil.
5. Kukus selama 1 jam. Biarkan sejuk dan asingkan.
6. Untuk topping, cairkan coklat masakan menggunakan double boiler. Masukkan susu segar dan mentega. gaul hingga semuanya sebati dan  cair.
7. Tuangkan coklat cair di atas kek coklat yg telah disediakan terlebih dahulu. Taburkan chocolate rice + chocolate chip sebagai hiasan.

My Chicken -- Sungkey / Iftar 2012


السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
*Tunggu makanan sampai...nyum nyum*
*Baby Delishaa yg tomey with aunty2 and uncle2 yg awesome*

*Mr. Hakimey*
*ehem ehem...hehe*

*Yummy!!*

Birthday Cake -- Red Velvet


السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
*Mr. Hakimey's Birthday -- 07-08-2012*

Birthday Cake -- 2 layers pavlova


السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
*Ain's Birthday -- 14-07-2012*

Salam Ramadhan


Thursday, 9 August 2012

Kek Lapis India

*Made by me n Mr. Hakimey...Yeah!!:)*

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Bahan- Bahan:
16 oz. mentega Goldenchurn (1 tin)
1 gelas gula halus
10 biji telur ayam
1 gelas nestum kisar
1 gelas horlick
2 gelas biskut marie kisar
2 tin kelapa kering
1 gelas susu pekat manis
1 botol coklat cadbury (200 biji)

Cara-cara membuat:
1. pukul mentega + gula hingga gebu
2. Masukkan telur satu persatu hingga habis. pukul hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan kecuali cadbury. Adunan siap.
4. Masukkan adunan tadi sebagai lapisan pertama sebanyak 150g. Bakar guna api atas di dalam oven. bakar hingga 4/5 masak.
5. ulang lapisan kedua menggunakan adunan sebanyak 120g. Bakar lagi..
6. Lapisan ketiga ialah coklat cadbury yang disusun rapi. sebelum bakar, letakkan 120g adunan dia atas coklat cadbury dan bakar lagi.
7. ulang cara 5-6 hingga adunan dah coklat habis.


Saturday, 3 March 2012

Homemade Roasted Chicken

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

*Fresh from Oven*
Bahan-Bahan:
Brown Sugar (Gula Apong)
Butter -- ikut citarasa, make sure jgn sikit sangat
Dry chili -- Kalau nak pedas, bubuh la banyak sikit ok...
Chicken thigh
Garam(secukup rasa)

Cara-cara membuat:
1. Sapukan garam pada permukaan ayam
2. Panggang ayam yang sudah dibersihkan di dalam oven hingga permukaan kulit ayam kering
3.Sapukan butter pada seluruh permukaan ayam. Bakar hingga 3/4 masak.
4.Sediakan sos ayam dengan mencairkan mentega. Masukkan cili kering yang sudah dikisar. Tumis shingga pecah minyak. Kemudian masukkan gula apong. Masak sehingga sos ayam menggelegak dan berbuih.
5. Tuang sos ayam di atas permukaan ayam dan bakar sehingga masak.


Siap!!

!!شكرا جزيلا

Beef Carbonara

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

*Garnish with Basil leaves*

Bahan-Bahan:
1 tin carbonara sauce (Prego)
1 cawan Fresh milk
1 cawan air masak
2 sudu makan Mayonnaise
1 bungkus Mince meat
1 sudu kecil biji lada hitam -- tumbuk terlebih dahulu
1 biji bawang besar yang dipotong dadu
2 ulas bawang putih yang dicincang
2 sudu makan mentega
Garam
Pasta

Cara-cara membuatnya:
1. Cairkan butter. masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan mince meat. Gaul sampai daging masak.
3. Masukkan sos prego, fresh milk, mayonnaise dan lada hitam.
4. Masukkan air masak + garam. Tunggu sehingga menggelegak. Siap
5. Make sure rebus pasta siap2 ok.
6. sedia untuk dihidangkan.

Thank You. Merci!!

Friday, 2 March 2012

Salam Jumaat

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته


Sumayyah binti Khayyath ( سمية بنت خياطّ)
 Wanita pertama syahid di jalan Allah

Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaksa Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang terlontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan keteguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasuk jiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2). 

credited to halaqah.net


Sambal Terung

Assalamualaikum

Bahan-Bahan:
Sayur Terung (Potong ikut citarasa masing-masing)
2 genggam Ikan bilis (digoreng rangup)
10 tangkai cili kiring (dipotong dan direndam didalam air suam selama 5 minit)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm belacan (bancuh dengan sedikit air panas)
1 sudu kecil asam jawa (bancuh dengan sedikit air panas)
bawang besar (dipotong dadu)
gula
garam
minyak masak

cara-cara membuat:
1. Goreng sayur terung dengan menggunakan minyak yang banyak. Goreng hingga terung separuh masak. Asingkan
2. Tumis cili kering + bawang putih + bawang merah kisar..Tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan bawang besar.
4.  Masukkan air belacan + air asam jawa. Seimbangkan rasa dengan meletakkan gula dan garam secukupnya.
5. Masukkan sayur terung yang telah siap digoreng. Gaul hingga rata. Biarkan selama 3 minit.
6. Taburkan ikan bilis goreng sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba..^_^

Lemon Chicken Crispy

Assalamualaikum


*simple*

Recipe for a dish in the blurry image above will be updated As Soon As Possible.

Wednesday, 15 February 2012

Apam Polka Dot (Again)

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Apam dot dot!!!
Today, I tried again to prepare Apam Polka Dot Dot.
Alhamdulillah menjadi dan puas hati!
Previously, sy buat blueberry apam polka dot tapi hari ni sy buat apam polka dot kaya kelapa pulak..
Design still xnice sbb warna yg digunakan terlalu muda.
ok Jom kt tengok resipinya...
*Cup size 20 sen*

°.¸¸.•´¯`»★°Bahan-Bahan.¸¸.•´¯`»★
3 biji telur *dari peti sejuk*
200g gula halus
2 sudu makan susu pekat manis
150g susu segar
1 sudu kecil penuh ovalette
1 sudu makan essen vanilla
250g tepung gandum
3 sudu kecil penuh baking powder
1 tin kecil kaya kelapa

°.¸¸.•´¯`»Cara-cara membuatnya¸.•´¯`»★
1. pukul gula halus + telur hingga kembang lemak berkrim.
2. Masukkan ovalette+susu pekat+essen vanilla. Pukul hingga sebati.
3. Masukkan baking powder. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis.
5. Masukkan pewarna ikut suka anda.
6. Sebelum itu, asingkan sedikit untuk buat dot dot di atas.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
8. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga 1/4 cup. Then, masukkan kaya. And, tutupkan kaya dengan adunan apam lagi sehingga 3/4 cup.
9. Letakkan dot dot dengan menggunakan piping bag jugak.
10. Kukuskan apam selama 15 minit dengan api sederhana.
*sediakan air didihan terlebih dahulu sebelum mula mengukus*

p/s: 1 adunan apam ni boleh menghasilkan 40 biji apam polka dot yg comel.

*see... xnampak sgt dot dot...pink tu should be lebih gelap*

OK guys, Selamat Mencuba!!:)

Merci, Au revoir

Saturday, 11 February 2012

Raja Ayam Bakar, Kuching

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
All photos were edited by Miss Nurul Azizah.
Thankz for your Ipad Babe.
Lucky You!!
*Mine (Ribena Sprite - RM3.00) & Others (Teh C Peng Special - RM2.30)*
*Others (Nasi Ayam Bakar - RM7.00)*
*Mine (Nasi Ayam Penyet - RM8.50)*

*Us (Pisang goreng cheese - RM5.50)*


Friday, 10 February 2012

Apam Polka Dot (1st try)

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Apam Polka dot dot ni nampak sedap je klu tgk org lain buat.
Geram nak try jugak.
So, sy pegi la myresipi.com and amik resipi. Kebetulan semua bahan2 simple dan sedia ada di rumah.
pastu try la guna bulat-bulat resipi tuh...
AND...menjadi!!yay!!
BUT...tekak sy rasa macam ada yg kurang..
dot dot pun nampak xcantek...*sbb xtaw mcm mana nak letak dot dot tuh*
*nampak x nice langsung...rasa pun so-so je...xpe leh try lagi*
Later, klu sy dah adjust resipi and buat cantek-cantek, sy share dengan korang keyh...
Dun worry be happy...
Actually, Apam polka dot kat atas tu ade filling blueberry di dalam...Ngee

Salam Jumaat

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Solat Sunat Dhuha
Waktu Afdhal: Terbitnya matahari sehingga 30 minit sebelum zohor
Niat: أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
("Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala")
Amalkan  doa dhuha dalam solat sunat dhuha anda.

*UNIC - Doa Dhuha*
So, untuk penerangan yang lebih lanjut, sila klik link ini
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/12.htm

Monday, 6 February 2012

Tips: Mengurangkan tahap kemasinan pada makanan

Assalamualaikum

Sekarang, sy nak share mcm mane untuk mengurangkan tahap kemasinan pd makanan korang...
Normally, masakan kt masin bukan disebabkan terlebih garam saje tp kadang2 disebabkan beberapa punca lain  iaitu:-

Bahan-Bahan yang digunakan dah sememangnya masin. Eg: Ikan bilis, belacan, kiub segera...etc.

Masakan terlalu kering/ Pekat. Datz why masakan korang masin.
Kuantiti gula dan garam tidak balance.

So, selain daripada menambahkan kuantiti air, korang boleh jugak gune care yg sy akan explain ni...
JOM!!!

Errrrr...Kentang???? *Google Image*
Yesss...kt boleh gunakan kentang untuk mengurangkan tahap kemasinan pada masakan.
Caranya mudah saje. Korang kupaskan kulit kentang, potong dadu dan bersihkan.
Masukkan dalam masakan korang yang terlebih masin tadi. 
AND...Walla...masakan dah x masin...
Make sure kentang masak sebelum ianya dihidangkan.
Kentang boleh balance rasa masakan korang dan ianya sedap dimakan.
That's why, klu korang perasan, byk makanan ade mengandungi kentang. 
Tak kira la dalan soup,kari, dalca or ape2 pun...

Itu saje daripade sy. Thank you for reading this entry.
See you all again for the next entry.

Tips: Mengurangkan minyak dalam makanan berkuah

Assalamualaikum

Mesti ramai yang xsuke makan makanan yg berminyak kan?
Especially girls kat luar sane.
Yeah, same goes to me too. Berminyak xsuke tp berlemak suke..Grrrr...
So,let say hari nie u all ade buat sup ayam.
But, terlebih minyak which is minyak yg datang daripada ayam itu sendiri + minyak masak yg digunakan secara berlebihan.
First step yang perlu korang buat ialah sediakan daun kobis.

*Google Image*
2nd step u all kena ambil sehelai daun kobis tu then u all sapukan kat permukaan atas sup ayam dimana korang nampak minyak tu timbul.
Then, korang akan nampak minyak di dalam sup ayam tadi akan melekat pada dasar daun kobis tadi.
Ulangkan step tersebut hingga minyak pada sup ayam berkurangan.

Mane nak letak daun kobis yang dah penuh dengan minyak tu?
Okey, daripade korang buang daun kobis tu, korang boleh cuci daun kobis tadi and potongkan kecil2.
Dan jadikan hiasan untuk sup ayam yang telah korang sediakan tadi....
Mudah kan?xmembazir...
okey, itu saje daripada saya
!!شكرا جزيلا

Sunday, 5 February 2012

Spaghetti

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
*taburkan mozarella cheese*
• ˚❆˛•Bahan-Bahan• ˚❆˛•
2 bungkus daging cincang
1 bungkus spagetti pasta segera
4 biji tomato *dipotong dadu kecil*
2 biji bawang besar *dipotong dadu kecil*
1 tin cendawan butang *dihiris halus*
1/2 tin tomato puri
1 botol besar prego (Traditional)
1/2 botol kecil sos cili 
1 sudu kecil daun basil
1 cawan air bancuhan tepung jagung
500 ml air
100g butter
1 sudu makan olive oil
Garam dan gula secukupnya


• ˚❆˛•Cara-cara membuatnya• ˚❆˛•
1. Rebuskan mi spagetti di dalam air yang penuh hingga masak. Tuskan air didihan. Gaulkan mi spagetti bersama 1 sudu makan olive oil. Asingkan.
2. tumiskan bawang besar bersama mentega. Make sure sampai lembek.
3. Masukkan daging. Gaul hingga masak.
4. Masukkan sos cili,prego dan tomato puri.
5. Gaulkan hingga sebati.
6. Masukkan tomato dan cendawan. Gaul lagi
7. Masukkan air. Didihkan kuah spagetti selama 10 minit.
8. taburkan daun basil. Gaulkan lagi.
9. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
10.Tuangkan kuah di atas mi spagetti yang siap telah terhidang.


Siap! Selamat mencuba...
p/s: klu nak tambah biji lada hitam pun boleh...buat pedas sedikit. But, make sure tumbuk dulu biji lada hitam tu. Kasi lumat...:))))

Yong Tau Foo (Again)

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Hari ni sy try lagi untuk menyediakan Yong Tau Foo...
Yummy!!
Simple, Senang dan puas hati..Ngee
*Yong Tau Foo Kering without chicken soup*
*Yong Tau Foo with chicken soup*

Saturday, 4 February 2012

Yong Tau Foo (1st try)

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Hye all, petang semalam, sy dan kawan-kawan main masak-masak memasak di rumah one of my besties, Khairina.
So, menu semalam ialah Yong Tau Foo(Me), Oreo Cheese Cake(Azizah), Chocolate dadih (Ain). Khairina plak menyediakan dapur untuk ktorang...hehe
First time try buat Yong Tau Foo nih..so,bnyak la yang kurang...Huhue
so,jom kite tengok cara-cara membuat Yong Tau Foo...

Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Bahan-Bahan Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
2 ketul tulang ayam*bahagian dada ayam*
1 kiub pati ayam maggi
lada sula
garam
4 ulas bawang putih*kisarkan*
1 ulas bawang merah*kisarkan*
2500ml air

Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Cara-Cara membuatnya Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
1. Rebuskan ayam di dalam air hingga mendidih dah tulang pun masak.
2. Masukkan bawang yang telah dikisarkan.
3. Masukkan kiub ayam.
4. Lastly, masukkan bahan- bahan lain seperti lada sula dan garam secukupnya.
5.Rebuskan selama 5minit.
6. Tapiskan sup ayam tadi menggunakan penapis besi yang tahan panas.
*kuah ni kurang pekat sbb xguna tepung jagung...lupe nak beli...so,guna tepung gandum...Ngee...tp rase tetap marbeles...:P*

Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Bahan-Bahan Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
10 tangkai cili kering*boleh tambah klu nak lebih pedas*
5 tangkai cili hidup
4 tangkai cili padi
3cm belacan *kuantiti belacan blh ditambah atau dikurangkan ikut citarasa*
3 sudu makan sos tiram
Gula perang secukupnya
2 sudu makan Gula apong/Gula melaka
Garam secukupmya
2 sudu makan Tepung jagung*bancuhkan dengan air*


Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Cara-Cara membuatnya Ƹ̴Ӂ̴Ʒ

1. Kisarkan cili kering, cili hidup dah cili padi bersama 150ml air. Kisar hingga lumat.
2. Rebuskan  cili yang telah dikisar tadi.
3. masukkan belacan, gula perang, sos tiram dan gula apong. Biarkan mendidih. Gaulkan.
4.  Tapiskan sos ini ke dalam periuk lain. dah didihkan lagi.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkannnya.


Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Bahan-Bahan Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
Sosej
Bebola ayam
Bebola sotong
Crab meat
Sayur sawi
*rebuskan semua bahan ini*
bawang goreng
daun sup


Siap untuk dihidangkan!! Merci...