Monday, 6 February 2012

Tips: Mengurangkan tahap kemasinan pada makanan

Assalamualaikum

Sekarang, sy nak share mcm mane untuk mengurangkan tahap kemasinan pd makanan korang...
Normally, masakan kt masin bukan disebabkan terlebih garam saje tp kadang2 disebabkan beberapa punca lain  iaitu:-

ツBahan-Bahan yang digunakan dah sememangnya masin. Eg: Ikan bilis, belacan, kiub segera...etc.

ツMasakan terlalu kering/ Pekat. Datz why masakan korang masin.
ツKuantiti gula dan garam tidak balance.

So, selain daripada menambahkan kuantiti air, korang boleh jugak gune care yg sy akan explain ni...
JOM!!!

Errrrr...Kentang???? *Google Image*
Yesss...kt boleh gunakan kentang untuk mengurangkan tahap kemasinan pada masakan.
Caranya mudah saje. Korang kupaskan kulit kentang, potong dadu dan bersihkan.
Masukkan dalam masakan korang yang terlebih masin tadi. 
AND...Walla...masakan dah x masin...
Make sure kentang masak sebelum ianya dihidangkan.
Kentang boleh balance rasa masakan korang dan ianya sedap dimakan.
That's why, klu korang perasan, byk makanan ade mengandungi kentang. 
Tak kira la dalan soup,kari, dalca or ape2 pun...

Itu saje daripade sy. Thank you for reading this entry.
See you all again for the next entry.

Tips: Mengurangkan minyak dalam makanan berkuah

Assalamualaikum

Mesti ramai yang xsuke makan makanan yg berminyak kan?
Especially girls kat luar sane.
Yeah, same goes to me too. Berminyak xsuke tp berlemak suke..Grrrr...
So,let say hari nie u all ade buat sup ayam.
But, terlebih minyak which is minyak yg datang daripada ayam itu sendiri + minyak masak yg digunakan secara berlebihan.
First step yang perlu korang buat ialah sediakan daun kobis.

*Google Image*
2nd step u all kena ambil sehelai daun kobis tu then u all sapukan kat permukaan atas sup ayam dimana korang nampak minyak tu timbul.
Then, korang akan nampak minyak di dalam sup ayam tadi akan melekat pada dasar daun kobis tadi.
Ulangkan step tersebut hingga minyak pada sup ayam berkurangan.

Mane nak letak daun kobis yang dah penuh dengan minyak tu?
Okey, daripade korang buang daun kobis tu, korang boleh cuci daun kobis tadi and potongkan kecil2.
Dan jadikan hiasan untuk sup ayam yang telah korang sediakan tadi....
Mudah kan?xmembazir...
okey, itu saje daripada saya
!!شكرا جزيلا

Sunday, 5 February 2012

Spaghetti

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
*taburkan mozarella cheese*
• ˚❆˛•Bahan-Bahan• ˚❆˛•
2 bungkus daging cincang
1 bungkus spagetti pasta segera
4 biji tomato *dipotong dadu kecil*
2 biji bawang besar *dipotong dadu kecil*
1 tin cendawan butang *dihiris halus*
1/2 tin tomato puri
1 botol besar prego (Traditional)
1/2 botol kecil sos cili 
1 sudu kecil daun basil
1 cawan air bancuhan tepung jagung
500 ml air
100g butter
1 sudu makan olive oil
Garam dan gula secukupnya


• ˚❆˛•Cara-cara membuatnya• ˚❆˛•
1. Rebuskan mi spagetti di dalam air yang penuh hingga masak. Tuskan air didihan. Gaulkan mi spagetti bersama 1 sudu makan olive oil. Asingkan.
2. tumiskan bawang besar bersama mentega. Make sure sampai lembek.
3. Masukkan daging. Gaul hingga masak.
4. Masukkan sos cili,prego dan tomato puri.
5. Gaulkan hingga sebati.
6. Masukkan tomato dan cendawan. Gaul lagi
7. Masukkan air. Didihkan kuah spagetti selama 10 minit.
8. taburkan daun basil. Gaulkan lagi.
9. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
10.Tuangkan kuah di atas mi spagetti yang siap telah terhidang.


Siap! Selamat mencuba...
p/s: klu nak tambah biji lada hitam pun boleh...buat pedas sedikit. But, make sure tumbuk dulu biji lada hitam tu. Kasi lumat...:))))

Yong Tau Foo (Again)

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Hari ni sy try lagi untuk menyediakan Yong Tau Foo...
Yummy!!
Simple, Senang dan puas hati..Ngee
*Yong Tau Foo Kering without chicken soup*
*Yong Tau Foo with chicken soup*

Saturday, 4 February 2012

Yong Tau Foo (1st try)

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Hye all, petang semalam, sy dan kawan-kawan main masak-masak memasak di rumah one of my besties, Khairina.
So, menu semalam ialah Yong Tau Foo(Me), Oreo Cheese Cake(Azizah), Chocolate dadih (Ain). Khairina plak menyediakan dapur untuk ktorang...hehe
First time try buat Yong Tau Foo nih..so,bnyak la yang kurang...Huhue
so,jom kite tengok cara-cara membuat Yong Tau Foo...

Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Bahan-Bahan Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
2 ketul tulang ayam*bahagian dada ayam*
1 kiub pati ayam maggi
lada sula
garam
4 ulas bawang putih*kisarkan*
1 ulas bawang merah*kisarkan*
2500ml air

Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Cara-Cara membuatnya Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
1. Rebuskan ayam di dalam air hingga mendidih dah tulang pun masak.
2. Masukkan bawang yang telah dikisarkan.
3. Masukkan kiub ayam.
4. Lastly, masukkan bahan- bahan lain seperti lada sula dan garam secukupnya.
5.Rebuskan selama 5minit.
6. Tapiskan sup ayam tadi menggunakan penapis besi yang tahan panas.
*kuah ni kurang pekat sbb xguna tepung jagung...lupe nak beli...so,guna tepung gandum...Ngee...tp rase tetap marbeles...:P*

Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Bahan-Bahan Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
10 tangkai cili kering*boleh tambah klu nak lebih pedas*
5 tangkai cili hidup
4 tangkai cili padi
3cm belacan *kuantiti belacan blh ditambah atau dikurangkan ikut citarasa*
3 sudu makan sos tiram
Gula perang secukupnya
2 sudu makan Gula apong/Gula melaka
Garam secukupmya
2 sudu makan Tepung jagung*bancuhkan dengan air*


Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Cara-Cara membuatnya Ƹ̴Ӂ̴Ʒ

1. Kisarkan cili kering, cili hidup dah cili padi bersama 150ml air. Kisar hingga lumat.
2. Rebuskan  cili yang telah dikisar tadi.
3. masukkan belacan, gula perang, sos tiram dan gula apong. Biarkan mendidih. Gaulkan.
4.  Tapiskan sos ini ke dalam periuk lain. dah didihkan lagi.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkannnya.


Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Bahan-Bahan Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
Sosej
Bebola ayam
Bebola sotong
Crab meat
Sayur sawi
*rebuskan semua bahan ini*
bawang goreng
daun sup


Siap untuk dihidangkan!! Merci...